Pengetua SMK SSP Seberang Temerloh
En. Khairul Ariffin Bin Mat Yit.
Khairul Arifin bin Mat
Yit dilahirkan di Kampung Limau Purut, Mela, Jerantut, Pahang pada 20 Disember 1966. Mendapat
pendidikan awal di SK Limau Purut dari 1974 hingga 1979. Pendidikan
menengah beliau bermula di SMK Orang Kaya Haji Lipis (1980 – 1982) dan SMK
Clifford Kuala Lipis Pahang (1983 – 1986). Memperoleh Ijazah Sarjana Muda
Komunikasi (Kewartawanan dan Sains Politik) daripada USM pada tahun 1990.
Kemudian beliau bertugas sebagai Tutor di USM (1990-1991). Oleh kerana minat
yang mendalam dalam bidang pendidikan, beliau mengikuti Kursus Perguruan
Lepasan Ijazah di Institut Pendidikan Sultan Abdul Halim (IPSAH) Sungai Petani
Kedah, pada tahun 1992 dan berjaya memperoleh Diploma Pendidikan. Beliau
seterusnya mengikuti pengajian Master di UPSI pada tahun 2009 berjaya
memperoleh Ijazah Sarjana Pendidikan (M.Ed) dalam bidang Pengurusan
Pendidikan. Kerjaya sebagai guru bermula pada tahun 1993 apabila beliau
ditempatkan mengajar di SMK St. Michael, Sandakan Sabah selama lima tahun.
Semasa di SMK St Michael, beliau pernah dilantik sebagai Guru Kanan Kemanusiaan
(1995-1997).
Beliau kemudiannya meneruskan perkhidmatan di SMK Kuala Krau,
Temerloh Pahang (1997 – 2004). Semasa berkhidmat di SMK Kuala Krau, beliau
pernah memegang beberapa jawatan penting di sekolah, antaranya Setiausaha
Peperiksaan (1997 – 2002) dan Ketua Bidang Bahasa (2002 – 2004). Seterusnya
beliau dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Bukit
Cermin, Mentakab, Pahang (2004 – 2007). Semasa di SMK Bukit Cermin, beliau pernah
memangku Pengetua selama lima bulan. Kecemerlangan beliau dalam pendidikan
terus terserlah apabila dilantik sebagai Penolong Pegawai Pelajaran Daerah
Temerloh (2007 – 2009). Semasa di PPD Temerloh, beliau banyak terlibat dalam
mereka bentuk Profil Akademik yang digunakan di sekolah-sekolah di negeri
Pahang hingga kini. Mula berkhidmat sebagai Pengetua pada 1 Ogos 2009 di SMK
Triang 3, Bera, Pahang selama dua tahun. Mulai 16 Oktober 2011, beliau
berkhidmat sebagai Pengetua SMK Temerloh Jaya, Temerloh Pahang hingga 9 Oktober
2013 dan sekarang beliau telah berkhidmat di Sekolah Sukan Pahang SMK Seberang
Temerloh juga sebagai pengetua bermula pada 10 Oktober 2013.
Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Temerloh dibuka
pada 2 Disember 1991. Merupakan satu-satunya
Sekolah Sukan Negeri di Pahang (SSN). Penaung Utama
Sekolah Menengah Seberang Temerloh ialah En. Khairul Arifin Bin Mat Yit. Seramai 57 orang guru
yang menjadi tenaga pengajar di Sekolah Seberang Temerloh. Kedudukannya ialah
berhampiran dengan jalan raya utama yang menghubungkan Maran dan Temerloh. Demografi
pelajarnya terdiri daripada pelbagai Negeri seperti Terengganu, Kelantan, Perak
dan lain-lain yang rata-rata mempunyai tahap kecemerlangan dalam bidang sukan
yang tersendiri. Seramai 295 pelajar perempuan, dan 437 pelajar lelaki
menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 732 orang.
Lencana SMK SSP Seberang Temerloh
Visi dan Misi Sekolah SMK SSP Seberang Temerloh.
Lagu Sekolah SMK SSP Seberang Temerloh.
No comments:
Post a Comment